ni blog izza yg punye...ade sesape x puas ati? sape xpuas ati..sila create blog anda sendiri...
RSS
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 15, 2008

DEB..

ni nk cite sket
pendapat aku la kann..
pasal.....
DAP yang mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Pulau Pinang dalam pemerintahannya...
korg tau ke ape contain dlm DEB tu??
aku ni xde la buta sejarah sgt..
dulu masa spm bleh tahan gak aku nye sejarah..
so tau la sket2
DEB ni menjaga kepentingan kita org melayu ni..
tanpa DEB ni...hak2 org melayu xde..
so melayu dh xdpt keistimewaan cam dulu lg..
aku takut je nnt negara kita dijajah blk...
sbb org melayu dh xde hak pape..
dan disbbkn tu la aku rasa kurang setuju ngan penghapusan DEB tu..
wlupun bnda tu x berlaku kat negeri yg aku duduk skang ni..
tp ttp memberi kesan masa depan nnti..
hmm..pikir² kan la..

4 Comments:

  1. is-nanie said...
    Pada dasarnya.. (ayat kene skema sket sbb nk citer psl sejarah) DEB ditubuhkan utk membantu kaum Melayu dan juga kaum lain di Malaysia bagi menstabilkan sosio-ekonomi rakyat bandar dan luar bandar yang tidak seimbang akibat daripada penjajahan British..
    Yang ditekankan oleh DAP PP sekarang, disebabkan amalan kronism, projek tender kerajaan dpt kepada orang/kumpulan yang tidak berkelayakan/berkebolehan utk melaksanakannya. Dan bila projek tuh tidak menjadi/tak siap, sedangkan duit pelaburan dah bayar berbillion.. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran... Projek pon tak nampak, duit pon abih. bila kronism dihapuskan, sekurang2nya duit berlebihan tuh boleh disalurkan utk perkara lain yg membawa kpd kebajikan rakyat.
    Datuk Mahani (forgive me.. i forgot her full name =p) dlm rancangan Exchange tv3, jumaat lepas (14mac 7.30 ptg), PERLAKSANAAN DEB perlu dikaji semula supaya relevan dgn perkembangan ekonomi negara sekarang..
    bila perlaksanaannya tidak betul, keadaan ini memberi peluang untuk orang lain membangkang dan memberi cadangan untuk menghapuskannya.

    tuh je probnye.. ^_^ sori... terpanjang lak komen nih.
    FareeZan said...
    ~hurrmm nthla nk ckp pon skt ati jeh,..smoge nsb melayu terbela.,~
    ..izza.. said...
    is..
    i'm juz worried if 1 day malaysia ni dipimpin oleh org bkn melayu...
    Skuad said...
    DEB dah lapuk... Patutnye dah hbis masa 1990 an lg... Dilanjutkn kerana pelaksanaan blom tercapai... Coz kronisme.. AEM (Agenda Ekonomi malaysia) akan diamalkan oleh PKR.. Agenda Ekonomi Malaysia oleh KeADILan adalah komited untuk memperbaiki dan menaiktaraf golongan miskin dan terpinggir samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya. Kami sentiasa menegaskan bahawa di bawah kepimpinan kami, kepentingan orang Melayu akan dipelihara dan kami kekal komited untuk membina sebuah sistem baru yang lebih adil, lebih saksama dan berperanan untuk memastikan tidak ada seorang pun yang ketinggalan di belakang tanpa mengira apa agama dan bangsa mereka.
    DEB adalh wayang org UMNO.. Org melayu masih ramai terpinggir.. Fikir2kanlah..

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LilySlim Fitness goals tickers

LilySlim Fitness goals tickers

tik tok

Daisypath Wedding tickers