ni blog izza yg punye...ade sesape x puas ati? sape xpuas ati..sila create blog anda sendiri...
RSS
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 31, 2011

berasa sangat sangat lemau..
malas bukan main lagi kau ye..
memang..
kaki kena gigit serangga..
bengkak..
tapi lemau malas mahu pergi berjumpa pakar perubatan a.k.a doktor..
macam mengada ngada..
ahhh..
biar..
biar bengkak surut sendiri..
jangan mengada sangat boleh?
ok..

suami..
pulangkah kamu weekend ini?
isteri mana yang tidak suka kalau suami bercakap begini..
abg nak jumpe abg gbam dekat sungkai...
owhh..lps tu blk s.alam ke?
mungkin blk batu gajah...atau balik taiping..

balik taiping boleh?
ehehe
dialog macam biasa...saya exaggerate

saya letih..
saya kena handle pesta buku besar2an..
penat jadi penasihat BWP(badan wakil pelajar @ pengawas kalau dekat sekolah kementerian...)..tapi saya seronok sebab byk pengalaman..
saya suka sebab saya akan automatik jadi lebih confident

kelmarin..
air mata saya tumpah lagi..
minggu ini mungkin minggu airmata bagi saya...
semalam ada cekgu tegur saya pakai baju ketat..
saya malu sebab die tegur depan org ramai..
sejak kawin..
badan saya naik macam xnak bagi salam..tanpa tomakninah...
kebanyakkan baju saya ketat di tempat yg tertentu..
saya macam kena buat baju kerja banyak banyak..
owhh..
suami..izinkan saya..ehehe


eh..
suami telefon..
saya mahu pergi bercinta..
bye..


Wednesday, March 30, 2011

tiada mood melayan blog..
mood hanya ingin melayan perasaan sahaja..
berendam air mata..
haisey..
tak elok macam itu..
tapi..

susah..
nak cakap macam mana pun tidak tahu..
saya rasa jiwa saya kosong..
sangat empty macam tangki minyak kereta kong..

Ya Allah..
macam ini rasanya rindu kepada suami..
kalau dulu masa bercinta..
tidak heran pun..
tak call, tak message seminggu pun saya tahan..
tapi sekarang..
Tuhan sahaja yg tahu macamana rasa terseksanya berjauhan dengan suami..
macam rasa hilang separuh dari diri sendiri..
sampai bila begini saya sendiri tak pasti..

borang pindah dah di hantar awal tahun lagi..
takkan nak hantar berkali kali..
macam menjengkelkan pula..

Ya Allah..
kau permudahkanlah urusanku..
permudahkanlah urusan kami suami isteri..
bantulah hambamu yg kerdil ini..

sudahlah..
saya tak mahu mengarang lagi..
makin lama makin sedih..
tak mahu......
Ya Allah..
sesungguhnya bercinta selepas kahwin lagi indah..

percayalah..


sudahlah izza..
tabahlah!



Thursday, March 17, 2011

Assalamualaikum..

lama tak jenguk belog sendiri..
sibuk jalan jalan tengok belog orang lain macam sibuk jaga tepi kain orang..
hei...
bukanlah..
mencari ilham..
ade project bersama cousin..
insyaAllah..
suami macam bagi green light..
berkobar kobar sungguh sekarang ini..
esok lusa entah la kan..hahaha

seronok betul dapat bermalas malasan di rumah seharian tanpa gangguan..
hahaha
cuti sekolah memang heaven
semalam pergi mentonton wayang cerita RANGO bersama suami..
pertama kali melihat cerita kartun tanpa gelak yang melampau..
pertama kali juga mentonton cerita kartun yang boleh buat mata terlelap beberapa kali..
jalan cerita kurang menarik..
macam terlalu complicated..langsung tidak enjoy seperti selalu..
kanak kanak juga ramai yang dah lelap..
kalau kanak kanak tidak gelak..apa lagi orang dewasa??
so..kalau mahu tgk RANGO..fikirlah banyak banyak kali..
ahaha..selamber saja saya mengkutuk cerita tersebut..
tp memang betul!

heii..
gemuk sungguh budak ini!
bila nak kurus?



Monday, March 7, 2011

minggu hadapan adalah cuti sekolah..
saya sangat tidak sabar mahu bercuti sekolah..
cuti ini perlu digunakan sebaik mungkin kerana mungkin akan jadi cuti sekolah terakhir buat saya kerana selepas ini tidak tahu boleh cuti atau tidak semasa cuti sekolah..aiyakk..banyak sungguh perkataan cuti sekolah!macam lah cikgu tidak ada kerja lain asyik cuti sahaja!

apakah pekerjaan yang mahu dibuat semasa cuti sekolah nanti?

  • jumaat sampai ke pangkuan suami..eh...bukanlah dipangku macam budak kecik tu..kenapa ek orang dahulu kala suka keluarkan kata kata yang aneh aneh...jumaat malam mungkin baru smpai shah alam..seperti biasa, akan dijemput oleh suami sambil membukakan pintu kereta tunggu sampai isteri duduk selesa dan selamat kemudian mentutupkan pintu kereta buat isteri..ahh...tidaklah...hyperbola sahaja!...cikmal bukan seromantik itu..macam lah isteri beliau ini tidak pandai bukak & tutup pintu kereta sendiri..
  • selepas sampai ke pangkuan suami..akan terus pulang ke kampung halaman isteri..owh...indahnya dapat bermalam di rumah keluarga tercinta..selepas itu.pagi pagi sabtu akan bertolak balik ke shah alam memandangkan suami bekerja di hari sabtu tersebut..eh..memang setiap sabtu pun beliau bekerja..macam lah tidak biasa!..akan membawa ibu bapa adik beradik ke shah alam juga..
  • ahad...jeng jeng jeng..nanti kalau plan tersebut jadi..saya akan bagitahu...tunggulah..kalau mahu tunggulah..kalau tak mahu...boleh belah...ahahaha
  • isnin pula mungkin akan menghantar keluarga pulang ke kampung halaman..mungkin...tak pasti lagi..
  • selasa nanti mahu mengikut cikgu mama ke karangkraf..akan menjadi guru pengiring..owh..mesti seronok kerana boleh membeli magazine murah murah..agaknya la..saya tak pasti..suami cakap, pukul 2 ptg hari selasa beliau akan turun site di putrajaya..yeay..saya mahu ikut beliau..kahkahkah...suami bekerja pun mahu ikut?ehh..mestilah..beliau kerja dekat site..boleh bawa isteri bersama..isteri akan tunggu dalam kereta atau berjimba di alamanda...boleh bersama suami sepanjang masa!suka!
  • hari rabu,khamis,jumaat saya macam tiada plan lagi..mungkin akan duduk di rumah sepanjang hari mentunggu kepulangan suami..mungkin la..tapi saya akan fikirkan sesuatu untuk mengisi masa lapang tersebut!mahu menjahitlah!..eh..macam lah kau pandai..tak cuba tak tahu la!..owh..saya mahu mensiapkan locker tag student..itupun kalau angah saya izinkan saya mempinjam beliau punya mesin laminate..ada juga kerja saya boleh siapkan..
  • sabtu..seperti biasa suami akan bekerja..petang itu mungkin pulang ke kampung halaman suami..barulah adil dan saksama...kan..
  • ahad...balik semula ke tempat pencarian sesuap nasi..tak mahu cerita lebih lebih..saya tak suka..nanti akan berasa sangat sedih!
ok..
abis..
nak lagi?
baca entry lain...ahahah



Friday, March 4, 2011

cuaca = panas terik
mood = sederhana ok tapi kadang kadang tidak ok sama sekali
feel = menrindui lelaki itu

cuaca terik sekarang ini...
mesti meminum air masak banyak banyak...sangat!
nanti tekak kering kontang lepas itu batuk batuk lepas itu mula rasa macam sakit badan lepas itu demam lepas itu MC tidak datang kerja sampai mensusahkan anak murid mahu menuntut ilmu!
tak boleh macam itu!
nanti dipanggil mempentingkan diri sendiri..
panas panas macam ini buat saya rasa malas sangat sangat..
bilik entah dah berapa lama tak sapu..
vacuum kadang kadang bila rasa perlu saje..

eh..
saya akan berpindah rumah lagi..
rasa baru je pindah.
nak pindah lagi?
kaya betul..
tak!..manade kaya..
nantilah saya cerita entry lain..

mood sekarang teruk betul
kejap kejap rasa malas..
kejap kejap rasa rajin..
pukul 2,3 pagi tiba tiba rasa rajin tak sabar nak tunggu esok pagi nak settle kan kerja
esoknya malas pulak..
ahaha..

seperti biasa..
isteri yang duduk berjauhan mestilah merindui suami beliau!

itu sahaja!

eleh..
sebenarnya entry ini hanya mahu mengekspresi kerinduan kau kan?
eh..
suka hati saya lah!



Wednesday, March 2, 2011

rasa macam nak blame cikmal sebab bila timbang, berat saya naik mendadak!
kahkahkah..
apa pasal pulak nak salahkan suami?
engkau yang tidak mengkawal pemakanan..
engkau hentam apa sahaja..
engkau tolak batu dan kayu je..yang lain engkau bedal..
lepas itu salahkan suami..
suami terkebil kebil tidak faham..

homemade chicken wrap
suami macam suka makanan macam ini..
nanti awak balik sini, i made it for u ye yang..haha


kenapa kalau sebelum kahwin, boleh berdiet dengan senang sahaja?
tidak makan nasi seminggu boleh turun berat 1 kg dengan begitu mudah..
itu belum lagi makan roti whole grain cicah susu tepung jenama EVERYDAY tanpa gula atau bahan pemanis lain, everyday..i mean setiap hari!
boleh turun 2,3 kg seminggu..
tapi..
selepas kahwin..
mak aii..
susah betul!
kalau tak makan on time, angin kus kus menserang perut..
pernah sampai teguling guling pukul 2,3 pagi sakit perut sorang sorang..
eh..betullah sorang sorang...tak kan nak ajak suami sakit perut bersama sama..macam tidak logik!
dah la berjauhan dengan suami..
tiada siapa ambil peduli..
sedih betul!
eh..sudah..nanti boleh mentimbulkan air mata kalau cakap pasal berjauhan dengan suami!

lepas ini macam kena plan diet dengan cara lebih sihat..
makan pun kena memilih..
tidak boleh hentam saja semua pun kau mahu bedal!
baik!

weekend lepas ajak suami berjogging di taman tasik..
owh..
betul orang cakap..
bercinta selepas kahwin adalah indah!
masa kami di alam percintaan..tak pernah sekali pun nak berjalan jalan dekat taman tasik..
taman apa sekali pun tidak pernah..
cikmal memang tidak romantik!
tapi..
lepas kahwin..
lagi indah sebab takde siapa boleh marah kau nak jalan kepit kepit pimpin tangan dengan suami kau orang...
mak kau orang pun xde nak call call suruh balik cepat jangan keluar lama lama..
tidak stress langsung..
owhh..mungkin sebab itu juga berat badan boleh naik mendadak!
hahaha..tidak logik secara scientific!
tapi orang orang dulu kata, badan naik lepas kahwin sebab hati senang..
betul ke?
entah..saya tak pernah nak kaji..baik saya kaji menu apa nak makan untuk lebih sihat!hahaha

eh..sepatutnya saya cerita pasal chicken wrap kan..
haissshhh..
baiklah..
ini resepi:

  • tortilla (saya beli yg dah siap sebab macam tak ada masa nak uli uli tepung)
  • minyak (better pakai olive oil..ehehe..untuk kesihatan!)
  • bwg merah (dadu)
  • tomato (dadu)
  • lada hitam
  • oyster sos
  • isi ayam & sosej
  • salad
  • tomato
bakar tortilla..
lepas itu..tumis bwg besar & tomato
masuk isi ayam
masuk sosej
letak sos tiram+lada hitam..
biar lama sikit sebab nak bagi lada hitam tu serap dekat isi ayam supaya nanti rasa menserap ke dalam ayam..dan boleh hanguskan sket sosej..so u all akan feeling macam sosej tu di grill...tah hape hape tah aku ni!feeling lebih!
letak tortilla yg dh korang bakar td..atas tu letak salad,timun n tomato then letak inti yg kau orang masak tadi..then, wrap..siap!
boleh buat makan tghari untuk diet yg lebih sihat!

itu jelah..
tak boleh cerita lebih lebih nanti saya rasa macam mahu buat sekarang juga!



Tuesday, March 1, 2011

















































;;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LilySlim Fitness goals tickers

LilySlim Fitness goals tickers

tik tok

Daisypath Wedding tickers