ni blog izza yg punye...ade sesape x puas ati? sape xpuas ati..sila create blog anda sendiri...
RSS
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 2, 2011

rasa macam nak blame cikmal sebab bila timbang, berat saya naik mendadak!
kahkahkah..
apa pasal pulak nak salahkan suami?
engkau yang tidak mengkawal pemakanan..
engkau hentam apa sahaja..
engkau tolak batu dan kayu je..yang lain engkau bedal..
lepas itu salahkan suami..
suami terkebil kebil tidak faham..

homemade chicken wrap
suami macam suka makanan macam ini..
nanti awak balik sini, i made it for u ye yang..haha


kenapa kalau sebelum kahwin, boleh berdiet dengan senang sahaja?
tidak makan nasi seminggu boleh turun berat 1 kg dengan begitu mudah..
itu belum lagi makan roti whole grain cicah susu tepung jenama EVERYDAY tanpa gula atau bahan pemanis lain, everyday..i mean setiap hari!
boleh turun 2,3 kg seminggu..
tapi..
selepas kahwin..
mak aii..
susah betul!
kalau tak makan on time, angin kus kus menserang perut..
pernah sampai teguling guling pukul 2,3 pagi sakit perut sorang sorang..
eh..betullah sorang sorang...tak kan nak ajak suami sakit perut bersama sama..macam tidak logik!
dah la berjauhan dengan suami..
tiada siapa ambil peduli..
sedih betul!
eh..sudah..nanti boleh mentimbulkan air mata kalau cakap pasal berjauhan dengan suami!

lepas ini macam kena plan diet dengan cara lebih sihat..
makan pun kena memilih..
tidak boleh hentam saja semua pun kau mahu bedal!
baik!

weekend lepas ajak suami berjogging di taman tasik..
owh..
betul orang cakap..
bercinta selepas kahwin adalah indah!
masa kami di alam percintaan..tak pernah sekali pun nak berjalan jalan dekat taman tasik..
taman apa sekali pun tidak pernah..
cikmal memang tidak romantik!
tapi..
lepas kahwin..
lagi indah sebab takde siapa boleh marah kau nak jalan kepit kepit pimpin tangan dengan suami kau orang...
mak kau orang pun xde nak call call suruh balik cepat jangan keluar lama lama..
tidak stress langsung..
owhh..mungkin sebab itu juga berat badan boleh naik mendadak!
hahaha..tidak logik secara scientific!
tapi orang orang dulu kata, badan naik lepas kahwin sebab hati senang..
betul ke?
entah..saya tak pernah nak kaji..baik saya kaji menu apa nak makan untuk lebih sihat!hahaha

eh..sepatutnya saya cerita pasal chicken wrap kan..
haissshhh..
baiklah..
ini resepi:

  • tortilla (saya beli yg dah siap sebab macam tak ada masa nak uli uli tepung)
  • minyak (better pakai olive oil..ehehe..untuk kesihatan!)
  • bwg merah (dadu)
  • tomato (dadu)
  • lada hitam
  • oyster sos
  • isi ayam & sosej
  • salad
  • tomato
bakar tortilla..
lepas itu..tumis bwg besar & tomato
masuk isi ayam
masuk sosej
letak sos tiram+lada hitam..
biar lama sikit sebab nak bagi lada hitam tu serap dekat isi ayam supaya nanti rasa menserap ke dalam ayam..dan boleh hanguskan sket sosej..so u all akan feeling macam sosej tu di grill...tah hape hape tah aku ni!feeling lebih!
letak tortilla yg dh korang bakar td..atas tu letak salad,timun n tomato then letak inti yg kau orang masak tadi..then, wrap..siap!
boleh buat makan tghari untuk diet yg lebih sihat!

itu jelah..
tak boleh cerita lebih lebih nanti saya rasa macam mahu buat sekarang juga!



2 Comments:

  1. FareeZan said...
    slurpp! twister kfc siottt
    ..izza.. said...
    'macam' la...rasa xsama..buat sendiri lebih sihat ejan..ehehe

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LilySlim Fitness goals tickers

LilySlim Fitness goals tickers

tik tok

Daisypath Wedding tickers