ni blog izza yg punye...ade sesape x puas ati? sape xpuas ati..sila create blog anda sendiri...
RSS
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 23, 2011

kehadapan blog yang disayangi tapi tak boleh challenge sayang saya kepada suami dan keluarga...ahaha


saya mendapat perkhabaran yang menggembirakan hati jiwa raga sampai rasa macam nak lompat bintang banyak banyak kali sebab happy bukan main lagi..
cuti sekolah bulan 3 nanti saya tidak perlu bertungkus lumus memerah otak macam spin baju dalam mesin basuh toshiba milik saya..eleh..nak cakap kau ada mesin basuh kan iza..bukan lah..
ah..sudah..
lupe nak cakap apa tadi..
tu la..merapu lagi!

cuti bulan 3 nanti saya tak payah susah payah berpisah dengan suami tercinta..eh.bukan..saya tak suka cakap perkataan tercinta sebab sukukata 'ter' tu macam menggambarkan perbuatan tidak sengaja..mana boleh saya tidak sengaja mencintai beliau...saya cuba..ahaha..apalah kau ni..bercinta punya lama boleh cakap kau cuba cinta beliau...tidak logik..ehh...betullah..beliau yang mengorat saya..jadi saya cuba la terima cinta dia..kan..macam seronok pula kalau buka cerita pasal dimengorat oleh beliau..ahh sudah!..ni nak cerita pasal apa ni tadi??

kembali ke jalan yang benar..

tak perlu cakap la..nanti saya merapu merayap cerita pasal benda lain
baik saya tepek surat tersebut..anda baca...

haaa..
sudah baca?
anda gembira?
tak?
saya peduli apa..janji saya gembira itu sudah memadai..kahkahkah..
bukan main seronok kau ye..dapat menghabiskan cuti sekolah nanti bersama lelaki kesayangan walaupun lelaki kesayangan akan bekerja masa kau cuti sekolah nanti dan beliau hanya bercuti pada hari sabtu petang dan ahad sahaja..
ahh..tidak kisahlah janji dapat hidup selama seminggu disisi beliau..

apa nak buat nanti ye bila suami pergi kerja?
nanti kena bangun pagi pagi mensediakan sarapan untuk beliau setiap hari ke?
ehh..macam la kau baru kahwin tanya soalan macam ini..
saya kahwin dah lebih 4 bulan tahu..tapi rasa macam baru semalam beliau melafazkan akad..ewah..kahkahkah..
tak apalah..saya akan cuba menjadi isteri yang solehah..tp beliau tak bolehlah membuli saya suruh buat itu ini sambil beliau duduk mengadap tv sampai saya lalu sebelah pun beliau boleh buat tak tahu saja..
itu boleh menimbulkan kemerajukan hati isteri nanti..
kahkahkah..

tingg..
saya dah ada idea aktiviti yang sesuai dilakukan ketika beliau bekerja..
nanti saya usulkan kepada beliau dulu..buat apa apa sekarang ini kena mintak keizinan beliau dahulu..nanti beliau perli perli saya..lepas itu baru boleh publish dekat sini..
oklah..
saya nak pergi basuh sudu..tadi saya pinjam sudu farah untuk makan nasi lemak pemberian raja..murah hati sungguh raja belikan nasi lemak bagi kepada kawan kawan..
pukul 3.30 nanti saya kena pantau pendaftaran kokurikulum tingkatan 4..
jadi setiausaha ni macam kena jadi superwoman..
letih!

baik saya pergi sekarang..



0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LilySlim Fitness goals tickers

LilySlim Fitness goals tickers

tik tok

Daisypath Wedding tickers